Tuesday 24 July 2012

Selamat datang sem baru Jun 2012

Lama rasanya tak buat en3 terkini. Bukan apa...sem ni tak mengajar Kelab Mesra Alam...sedih juga...tapi tak pe wahai pelajar khas...mungkin...semester hadapan...seronok sebenarnya bergelumang dengan alam sekitar ni. Menjaga kebersihan persekitaran memang menjadi kewajipan kita sebagai khalifah di bumi Allah ni. Elakkan pembaziran dan gunalah bahan terbuang dengan kreativiti masing-masing. Sesuai juga digabungkan dengan 5's yang menjadi tanggungjawab kedua saya semester ini. Sekian buat kali ini. Tata titi tutu!

Monday 9 April 2012

Kolaj

Sebenarnya menghasilkan kolej merupakan aktiviti yang diberi penilaian kepada pelajar yang menyertai kelab ini. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat meningkatkan daya kreativiti para pelajar. Walaupun pada mulanya timbul keraguan tentang kebolehan mereka, namun akhirnya mereka dapat menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan kolaj menggunakan bahan-bahan terbuang seperti kotak minuman, botol minuman, plastik pembungkus makanan dan pelbagai lagi bahan-bahan terbuang. Hasilnya amat memuaskan. Anda boleh saksikan.

Tuesday 7 February 2012

Tugasan: Artikel Berkaitan Pencemaran Alam Sekitar

Arahan Tugasan:
1. Setiap kempulan dikehendaki mencari dan mengumpulkan seberapa banyak artikel berkaitan alam sekitar dari sumber seperti suratkhabar, majalah, internet dan lain-lain
2. Lekatkan artikel pada kertas A4(kompilasi)
3. Sertakan nama setiap ahli kumpulan.
4. Hantar tugasan pada 15 Feb 2012.

Pembentangan Logo Kumpulan







Aktiviti Gotong Royong










Wednesday 11 January 2012

SELAMAT DATANG 2012

Hari ni kelas RK 201 Kelab Mesra Alam telah bermula...kita buat sedikit game yang dinamakan Membina Struktur yang kukuh dan tertinggi...mula2 pelajar khas ni macam lemah je mungkin tak tau nak buat apa ngan penyedut minuman atau straw...15 minit kemudian...jeng jeng jeng...memang hebat hasil kerja mereka.