Blog ini dicipta sebagai penghubung antara pelajar khas di Politeknik Ibrahim Sultan dan pensyarah...serta mereka yang menghargai alam sekitar kurniaan Allah ini...
Wednesday, 28 September 2011
Thursday, 1 September 2011
Mengapakah manusia tidak peduli tentang kepentingan alam sekitar?
Sepanjang harian, saya ternampak ada orang sengaja buang sampah ke kawasan yang bersih dengan tidak peduli tanda larangan... apalah dia..
Saya didapati bahawa manusia semakin meningkatkan "ego" sendiri tanpa peduli teguran masyarakat. Saya tidak faham mengapa mereka tidak menjaga kebersihan walaupun mereka sendiri berkata semuanya okey, dah bersih.. Itulah alasan mereka sendiri..
Bayanglah... jika kita buang sampah tanpa hendak menjaga kebersihan atau program bergotong-royong, apakah akan berlaku di negara kita? Ia akan membawa negara kita ke dalam senarai negara yang tidak menjaga kebersihan! Sedarlah!!! Jangan sampai menyesal bila nampak banyak sampah berada di sekeliling kita!
Saya berharap agar kita akan bekerjasama utk memelihara alam sekitar melalui program kebersihan dan gotong-royong. Itulah amalan wajib kita untuk bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar negara dan juga masa depan kita.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)